Monday, January 31, 2011

Hujan Rintik-rintik, Air Bergelora

Kali ni bukan bergelora dah, habis tenggelam  bandar Segamat. Hajat mak nak bawak aku jalan2 ke Melaka tak kesampaian sebab hujan non-stop dari Sabtu lepas sampai la ke hari ni. Kejap lebat, kejap reda. Tengah malam tadi tiba2 takde letrik pulak dah. Memang la tak panas tapi nyamuk nyanyi dong dang sayang plak kat telinga. Yang paling mencabar tu bila nyamuk geget tang tapak kaki, sakit hati tak? Nak garu, geli. Tak garu, gatal!

Hari ni, kiteorg tak bukak dobi sebab jalan nak ke kedai dah tutup. Maka aku pun sambung membongkang sampai ke tengah hari sebab malam tadi takleh tido kan. Dah bangun tu, teman mak gi tengok banjir jap. Memang teruk la kali ni kalao nak dibandingkan dengan tahun 2006. Pastu gi kedai Teck Guan nak beli stok makanan. Clean n Clear la rak roti kedai apek ni! Yang sempat mak sambar tepung, maggie, sardin, ikan bilis dan sayur kobis. Kobis pun mahal. Siot tol teck guan ni. Aku ingatkan tu last kobis mak beli. Tiba2 si Ah Keong kuar dari belakang bawak sebabun kobis dengan muka tersengih2. Oo0o0o...ko nak mark up harga ko sorok barang kan? Sembelih si Tommy kucing gemok ko tu kang baru tau!!


Tak lama lepas sampai uma, letrik pun ada balik. Alhamdulillah. Takde ape sangat nak buat, cuma tengok japanese series. Sekarang ni pun hujan dah makin reda. Harap2 tak lebat lagi dan banjir pun akan surut. Sama2 la kite berdoa ok. Amin...




Sunday, January 30, 2011

Diri Aku Bukan Kau

Ya! Disebabkan cuti seminggu yang bakal dilalui ni hanya duduk di rumah, maka terciptalah weblog ini.
Mcm biasa la kan first time tulis blog sure kena tulis pasal diri sendiri la kan,ok? nama saya Roslina Mohd Noor. Boleh panggil saya Ros (haha.ayat biasa tiap kali nak introduce diri,boleh?) Umo 23 tahun. =| Masih belajar, amek course Bachelor of Civil Engineering kat Uniten. Dah 3rd year, insyaAllah lagi setahun abiz la. Nak tulis point form boleh x? Pening pale baca panjang2 ni. Hahaha.

Things u should know about me:
1.  Reti berbahasa mandarin. Jangan nak try kutuk2 aku eh. Memang silap la. Ngiahaha =P
2.  Penah pakai braces selama 3-4 tahun kot. X ingat la exactly brape lama. Dulu abang aku siap panggil aku hantu gigi lagik tu. Macam siot tol. Yang xleh tahan anak sedara aku, "nape kak lin pakai cincin kat gigi eh?" =.="
 -haha.tidak lagi begini.sekarang dah mampu senyum smpi rahang nak cabut!-
3.  Ada bantal berbentuk tulang yang BESAR punya. Bila peluk memang tak nampak aku la. =)
4.  Sangat2 la teringin nak drive BMW X6. Sape2 ada nak pinjam jap boley??? Disebabkan setakat ni blom tercapai lagi impian tu, maka encik pakwe pun belikan nokia X5 dulu. Jadi laa...ngeh =)
5.  Soalan yang sering di kapla kalao ada kat car park COE ialah "mak ai,ko drive mini cooper gi kelas,mak bapak ko drive ape la kan gi keje?" Lihatlah betapa beruntungnya mereka ini...

Tu je la kot. Yang lain2 tu biasa2 je pun. Haaa..nak tau kenape tajuk besar blog aku mcm tu? Tadi try application kat facebook. Kalao aku bukan manusia then aku ape? Sekali kuar kangaroo daaa. Tu la sebabnya ok. Jangan ngada2 nak mintak duk dlm poket ok. Hahaha. Papai sume =)




-Bukan pic terbaru-