Monday, January 31, 2011

Hujan Rintik-rintik, Air Bergelora

Kali ni bukan bergelora dah, habis tenggelam  bandar Segamat. Hajat mak nak bawak aku jalan2 ke Melaka tak kesampaian sebab hujan non-stop dari Sabtu lepas sampai la ke hari ni. Kejap lebat, kejap reda. Tengah malam tadi tiba2 takde letrik pulak dah. Memang la tak panas tapi nyamuk nyanyi dong dang sayang plak kat telinga. Yang paling mencabar tu bila nyamuk geget tang tapak kaki, sakit hati tak? Nak garu, geli. Tak garu, gatal!

Hari ni, kiteorg tak bukak dobi sebab jalan nak ke kedai dah tutup. Maka aku pun sambung membongkang sampai ke tengah hari sebab malam tadi takleh tido kan. Dah bangun tu, teman mak gi tengok banjir jap. Memang teruk la kali ni kalao nak dibandingkan dengan tahun 2006. Pastu gi kedai Teck Guan nak beli stok makanan. Clean n Clear la rak roti kedai apek ni! Yang sempat mak sambar tepung, maggie, sardin, ikan bilis dan sayur kobis. Kobis pun mahal. Siot tol teck guan ni. Aku ingatkan tu last kobis mak beli. Tiba2 si Ah Keong kuar dari belakang bawak sebabun kobis dengan muka tersengih2. Oo0o0o...ko nak mark up harga ko sorok barang kan? Sembelih si Tommy kucing gemok ko tu kang baru tau!!


Tak lama lepas sampai uma, letrik pun ada balik. Alhamdulillah. Takde ape sangat nak buat, cuma tengok japanese series. Sekarang ni pun hujan dah makin reda. Harap2 tak lebat lagi dan banjir pun akan surut. Sama2 la kite berdoa ok. Amin...




2 comments:

  1. sebok la hakak haku ni...!!hahahah.
    letih la ari2 nak post..

    ReplyDelete